HADITS
Hazrat Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)
PENJELASAN LANJUT
Rasulallah (saw) bersabda, “Aku ingin memberitahu kamu satu surah
yang paling afdal dalam al-Quran. Surah itu adalah surah al-Hamd
(al-Fatihah) yang mempunyai tujuh ayat. Ayat-ayat ini adalah Saba’
Mathani dan dan mewakili seluruh al-Quran yang agung.”
Telah di riwayatkan dari setengah ahli sufi bahawa segala yang
terkandung dalam kitab Allah yang terdahulu terdapat dalam al-Quran dan
segala kandungan al-Quran terdapat dalam dalam surah al-Fatihah dan
apa-apa yang terkandung dalam surah al-Fatihah terapat dalam “Bismillah”
dan apa-apa yang terdapat dalam “Bismillah” terapat dalam huruf “ba”.
Terdapat juga dalam kitab tafsir menerangkan bahawa huruf “ba”
bertugas sebagai penemu, yakni huruf “ba” memutuskan segala hubungan
sesaorang hamba dengan segala perkara yang lain dan menemukan dengan
Allah.
Sebahagian ulamak berpendapat bahawa apa-apa yang terdapat dalam
huruf “ba” terkandung dalam titik pada “ba” itu, yakni titik wahdaniah.
Dalam istilah ilmu tasauf, titik wahdaniah bermaksud sesuatu yang tidak
boleh dibahagi-bahagi lagi.
Setengah ulamak menukilkan, ayat “Iya kanaq budu yaiya kanasta’in” , terkandung segala hajat dunia dan ugama.
Rasullah (saw) pernah bersabda melalui satu hadis, “Demi Zat yang
nyawaku dalam genggamanNya, satu surah yang seumpama ini tidak pernah
diturunkan samaada dalam Taurat, Injil, Zabur atau bahagian yang lain
dalam al-Quran.”
Membaca surah al-Fatihah dengan penuh keyakinan akan dapat
menyembuhkan segala penyakit rohani atau jasmani, penyakit zahir atau
penyakit batin.
Al-Fatihah yang ditulis dan dijadikan tangkal dan juga menjilat al-Fatihah yang ditulis berfaedah untuk mengubat penyakit.
Terdapat dalam kitab-kitab hadis yang sahih bahawa para sahabat nabi
pernah membaca surah al-Fatihah dan menghembus ke atas orang yang di
patuk ular atau disengat kala jengking, orang yang terkena sawan dan
orang gila. Rasullah (saw) sendiri mengharuskan perbuatan ini.
Dalam satu riwayat, Rasullah (saw) pernah membaca surah al-Fatihah
lalu menghembuskan kepada Hazrat Saib bin Yazid (r.a) dan baginda
membaca dan menyapu air liur pada tempat yang sakit itu.
Dalam hadis yang lain pula, bahawa sesiapa yang berbaring dengan niat
untuk tidur dan membaca al-Fatihah serta surah al-Ikhlas kemudian
menghembus keatas dirinya sendiri maka dia akan dijauhkan dari segala
bahaya melainkan maut.
Pahala memabaca surah al-Fatihah menyamai pahala membaca dua pertiga al-Quran.
Rasulallah (saw) pernah bersabda, “Aku telah mendapat empat perkara
dari khazanah khas dari ‘Arash. Tiada sesiapa pun yang mendapat apa-apa
perkara lain dari khazanah tersebut. Pertamanya adalah surah al-Fatihah,
keduanya ayat Kursi, ketiganya ayat akhir dari surah al-Baqarah dan
keempat surah al-Kauthar.”
Hazrat Hassan Basri (rah) meriwayatkan satu sabdaan Nabi (saw) yang
berbunyi, “Seorang yang membaca surah al-Fatihah seumpama seorang yang
membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran yang mulia.”
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Iblis meraung-raung sambil
melumurkan seluruh kepalanya dengan debu apabila berlaku empat
peristiwa; pertama apabila dia dilaknat, kedua apabila dia di kelurkan
dari syurga ke dunia, ketiga apabila Nabi Mohammad (saw) dianugerahkan
dengan kenabian dan kekempat apabila surah al-Fatihah diturunkan.
Pada suatu ketika ada seorang datang kepada Hazrat Sya’abi (rah)
mengadu tentang buah pinggangnya yang sakit. Hazrat Sya’abi
menasihatkannya supaya membaca ‘Asasul-Quran’ kemudian menghembus kepada
tempat yang sakit. Apabila ditanya apakah ‘Asasul-Quran’, Hazrat
Sya’abi menjawab, “Surah al-Fatihah.”
Antara amalan para masyaikh yang mujarab ialah surah al-Fatihah.
Surah ini juga sebagai Ismul A’zam yang sepatutnya dibaca tujuan
memohon apa-apa hajat.
Didalam kitab Sahih Muslim terdapat satu Hadis yang diriwayatkan oleh
dari Hazrat Abdullah bin Abas (r.a) bahawa pada suatu ketika Rasulallah
(saw) sedang duduk bersama kami. Baginda (saw) bersabda, “Dilangit
telah dibuka satu pintu yang belum pernah dibuka sebelum ini, dan dari
pintu tersebut turun satu malaikat yang pernah diturunkan sebelum ini.
Malaikat itu berkata kepada ku, “Terimalah satu berita gembira dengan
dua nur yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum ini,
pertama adalah surah al-Fatihah dan kedua adalah tiga ayat trakhir dari
surah al-Baqarah.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar