Nabi s.a.w. telah bersabda:
"Yang sangat aku takuti atas kamu adalah syirik kecil". Sahabat
bertanya: "Ya Rasulullah apakah syirik kecil itu." Jawab baginda:
"Riya'. Pada hari pembalasan kelak Allah berkata kepada mereka; pergi
lah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di
dunia, lihatlah disana kalau-kalau kamu mendapat kebaikkan dari mereka."
Riya' adalah beramal untuk dilihat orang, dipuji. Abu Lais berkata:
Dikatakan kepada mereka sedemikian itu kerana amal perbuatan mereka
ketika didunia secara tipuan, maka dibalas demikian.
Allah membalas tipuan mereka itu dengan membatalkan semua amal
perbuatan mereka itu. Kerana mereka dahulu tidak beramal untuk Allah,
tiap amal yang tidak dikerjakan ikhlas untuk Allah tidak sampai
kepadaNya.
Abu Lais meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: Allah telah berfirman:
"Aku yang terkaya dari semua sekutu. Aku tidak
berhajat dari segala amal yang di persekutukan kepada lain dari Ku, maka
aku lepas bebas dari amal itu."
Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah tidak menerima amal kecuali yang
ikhlas melulu kepadaNya. Maka jika tidak ikhlas tidak diterima dan
tidak ada pahalanya bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahannam.
Tersebuat dalam surah al-Isyrak:
Sesiapa yang ingin
kan dunia dengan amalnya, kami berikan kepadanya dari kekayaan dunia
dan bagi sesiapa yang kami kehendakki kebinasaan nya, kemudian kami
masukkan dia kedalam neraka jahanam sebagai seorang terhina dan terusir
jauh dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang inginkan akhirat dan berusaha
dengan sungguh dan ikhlas dan disertai iman, maka usaha amal mereka
itulah yang terpji.
Dari ayat ini nyatalah bahawa yang beramal kerana Allah maka akan
diterima sedangkan yang beramal tidak kerana Allah taidak akan diterima
dan hanya mendapat laelah dan susah semata-mata.
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:
Ada kalanya orang yang berpuasa tidak mendapat
apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga, dan ada kalanya orang
yang bangun malam tidak mendapar apa-apa dari ibadatnya kecuali
mengantuk, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya.
Orang yang beramal dengan Riya' dan Sumaah itu bagaikan seorang yang
keluar kepasar dengan mengisi dompetnya dengan batu, semua orang berasa
kagum dan berkata: alangkah penuhnya dompet wang orang itu. Tetapi sama
sekali tidak berguna bagi orang itu kerana tidak dapat dibelanjakan wang
itu, hanya semata-mata mendapat pujian orang. Demikina jugalah orang
yang beramal denga Riya' dan Sumaah tidak tidak ada pahalanya di akhirat
sebagaimana firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 23:
Dan kami periksa semua amal perbuatan mereka lalu kami jadikan debu yang berhamburan.
Seorang datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah aku
bersedekah dengan mengharap keridhoaan dari Allah dan ingin juga disebut
kebaikkan aku", maka turunlah ayat 111 surah al-Kahfi:
Maka sesiapa yang berharap akan bertemu
tuhannya, maka hendaklah berbuat amal yang baik dan janganlah
mempersekutukan Allah dalam semua ibadatnya.
Sesiapa yang takut tetapi tidak berhati-hati maka tidak berguna takut
itu. Seperti berkata: Aku takut siksa Allah tetapi tidak hati-hati dari
dosa, maka tidak berguna takutnya itu.
Sesiapa yang berharap tetapi tidak beramal maka sia-sia harapnya itu.
Sesiapa yang niat tapi tidak dilaksanakan, tiak berguna niatnya itu.
Sesiapa yang berdoa tanpa usaha, maka sia-sia doanya itu. Sesiapa yang
ishtigfar tanpa menyesal, maka tidak berguna ish tigfarnya itu. Sesiapa
yang beramal tanpa ikhlas makan sia-sia amalnya itu.
Akan keluar pada akhir zaman satu kaum yangmencari agama dengan
menjual agama, memakai pakaian bulu, lidah mereka lebih manis dari madu,
sedangkan hati mereka bagaikan serigala.
Abdullah alMubarak meriwayatkan dari AbuBakar bin Maryam dari Dhomirah dari Abi Habib; Rasulullah s.a.w bersabda:
Ada kalanya malaikat membawa amal seorang hamba
dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai ke
hazrat Allah, lalu Allah berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat
amal hamba Ku sedangkan Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hamba Ku ini
tidak ikhlas kepada Ku dalam amalnya maka campakkanlah ia kedalam
sijjin.
Dan ada kalanya membawa naik amal hamba yang meraka anggap sedikit dan kecil sehingga sampai kepada Allah, maka Allah berfirman kepada Malaikat: Kamu hanya mencatat amal hamba Ku sedangkan Aku mengawasi isi dan niat hatinya, orang iniamat khlas dalam amal perbuatannya kepada Ku, catatlah amalnya dalam illiyin.
Dan ada kalanya membawa naik amal hamba yang meraka anggap sedikit dan kecil sehingga sampai kepada Allah, maka Allah berfirman kepada Malaikat: Kamu hanya mencatat amal hamba Ku sedangkan Aku mengawasi isi dan niat hatinya, orang iniamat khlas dalam amal perbuatannya kepada Ku, catatlah amalnya dalam illiyin.
Amal yang sedikit tapi Ikhlas lebih baik dari amal yang banyak tapi tidak ikhlas.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w
bersabda: Apabila hari Khiamat maka Allah akan menghukum diantara para
makhluk dan semua umat bertekuk lutut.
Yang pertama akan dipanggil ialah orang yang pandai alQur'an, orang yang mati fisabilillah dan orang kaya.
Yang pertama akan dipanggil ialah orang yang pandai alQur'an, orang yang mati fisabilillah dan orang kaya.
Maka Allah bertanya kepada orang yang pandai
alQur'an: Tidak kah Aku telah mengajarkan kepada mu atas apa yang Aku
turunkan kepada utusanku.
Jawab orang itu: Benar Tuhan ku.
Firman Allah: Lalu apakah yang telah kamu lakukan atas apa yang kamu ketahui itu.
Jawabnya: Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengamalkannya di waktu siang.
Firman Allah: Dusta kau.
Malaikat juga berkata: Dusta kau, sebenarnya engkau hanya ingin di gelar qari dan ahli dalam alQur'an, dan sudah disebut sedemikian itu.
Jawab orang itu: Benar Tuhan ku.
Firman Allah: Lalu apakah yang telah kamu lakukan atas apa yang kamu ketahui itu.
Jawabnya: Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengamalkannya di waktu siang.
Firman Allah: Dusta kau.
Malaikat juga berkata: Dusta kau, sebenarnya engkau hanya ingin di gelar qari dan ahli dalam alQur'an, dan sudah disebut sedemikian itu.
Lalu dipanggil orang kaya dan ditanya: Apa yang engkau telah perbuatkan terhadap harta yang telah Aku kurniakan itu?
Jawabnya: Aku telah mengunakannya untuk membantu sanak saudara dan bersedekah.
Firman Allah: Dusta kau
Para Malaikat juga berkata: Dusta kau, kau berbuat begitu hanya ingin disebut sebagai dermawan, dan sudah terkenal demikina itu.
Jawabnya: Aku telah mengunakannya untuk membantu sanak saudara dan bersedekah.
Firman Allah: Dusta kau
Para Malaikat juga berkata: Dusta kau, kau berbuat begitu hanya ingin disebut sebagai dermawan, dan sudah terkenal demikina itu.
Lalu dihadapkan orang yang mati syahid berjihad fisabilillah, ditanya: Kenapa kamu terbunuh?
Jawabnya: Aku telah berperang untuk menegakkan agama Mu sehingga aku terbunuh.
Allah berfirman: Dusta engkau.
Malaikat juga berkata: Dusta engkau, engkau hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan sudah disebut demikian itu.
Jawabnya: Aku telah berperang untuk menegakkan agama Mu sehingga aku terbunuh.
Allah berfirman: Dusta engkau.
Malaikat juga berkata: Dusta engkau, engkau hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan sudah disebut demikian itu.
Kemudian Nabi s.a.w memukul paha ku sambil
bersabda: HaiAbu Hurairah, ketiga-tiga orang itu lah yang pertama di
bakar didalam api neraka pada hari khiamat.
Orang yang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan amal kebaikkannya
sebagaimana menyembunyikan kejahatannya. Puncak IKHLAS adalah tidak
ingin kepada pujian orang.
Zunnun alMishri ketika ditanya: Bilakah orang diketahui bahawa ia
masuk dalam pilihan Allah? Jawabnya: Jika telah meninggalkan isytirehat,
dapat memberi apa yang ada, tidak inginkan kedudukkan dan didak
mengharapkan pujian dan cacian orang (yakni dipuji tidak merasa bangga
dan dicela tidak merasa gundah).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar