=====================================
Surah alFalaq an anNas turun tatkala Rasulallah (s.a.w) balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.
Setelah selesai perang Khaibar maka
datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi, yang
benama Labid bin Aksam, bertujuan untuk melakukan sihir keatas Rasullah
(s.a.w). Dengan kerja sama dari budak Yahudi, khadam nabi, mereka telah
mencuri sisir (sikat) kepala nabi serta gigi sisir.
Rupa Rasullah (s.a.w) dibuat dengan lilin, ditikam dengan sebelas bilah jarum, dan disimpul dengan sebelas simpulan.
Maka di takdirkan, Rasullah telah
terkena sihir selama 40 hari. Pada suatu hari ketika nabi tidur maka
datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.
Malaikat yang di kepala: “Apa kena lelaki ini?”
Malaikat yang di kaki: “Disihir orang”
Malaikat yang di kepala: “Siapa sihir?”
Malaikat yang di kaki: “Labid bin Aksam, Yahudi”
Malaikat yang di kepala: “Dengan apa disihir?”
Malaikat yang di kaki: “Dengan sisir kepala dan gigi sisir:
Malaikat yang di kepala: “Di mana?”
Malaikat yang di kaki: “Dalam sumpit daun tamar di bawah batu dalam telaga zarwan”
Malaikat yang di kaki: “Disihir orang”
Malaikat yang di kepala: “Siapa sihir?”
Malaikat yang di kaki: “Labid bin Aksam, Yahudi”
Malaikat yang di kepala: “Dengan apa disihir?”
Malaikat yang di kaki: “Dengan sisir kepala dan gigi sisir:
Malaikat yang di kepala: “Di mana?”
Malaikat yang di kaki: “Dalam sumpit daun tamar di bawah batu dalam telaga zarwan”
Rasullah (s.a.w) kemudiannya terjaga
dari tidur, menyuruh saidina Ali, Saidina Zubir dan Omar bin Yasir pergi
membuka telaga zarwan, dibawa keluar sumpit yang berada dibawah batu.
Di dalam sumpit tersebut terdapat sisir kepala dan gigi sisirnya dan
sebelas simpul dan sebelas jarum.
Maka turunlah kedua surah ini. Apabila
di baca satu ayat, maka terurailah satu simpul, sehinggalah terurai
sekelian simpulannya. Maka bangunlah Rasulallah (s.a.w) seperti
terungkai dari ikatan. Apabila dicabut satu jarum, terasa sakit dalam
tubuh, kemudiannya hilang.
Diriwayatkan dari ‘Aisyah (r.h) bahawa
Rasulallah (s.a.w) pada setiap malam apabila hendak tidur, beliau
membaca surah Ikhlas, surah alFalaq dan surah anNas. Ditiupkan pada
kedua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Saidina ‘Ali (r.h) menerangkan; pernah
Rasulallah (s.a.w) digit kala, kemudian baginda mengambil air garam,
dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang
digit kala tadi.
‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku
sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w),
baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda
juga untuk membacanya.
Barangsiapa terkena penyakit kerana
perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan
anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari
berturut-turut.
Sesiapa yang takut akan godaan syaitan
atau manusia atau takut dalam kegelapoan malam atau takut kekejaman
raja, bacalah surah alFalaq dan surah anNas sebanyak 100 kali.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar