Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah:275)
Riba terbahagi kepada dua jenis.
i. Riba hutang piutang.
Islam menerangkan kepada kita mengenai riba hutang piutang menerusi al-Quran.
ii. Riba jual beli 6 barang ribawi dan jenisnya.
Islam menerangkan kepada kita mengenai riba jual beli menerusi hadis.
Riba hutang piutang banyak berlaku dalam urusan perbankan
konvensional. Maka, cara untuk kita mengelakkan riba hutang piutang ini
adalah dengan berhenti menjadi pelanggan perbankan konvensional dan
bertukar menjadi pelanggan perbankan Islam sama ada untuk simpan duit
atau berhutang.
Betul, ada operasi satu, dua perbankan Islam tidak buat ikut
sepatutnya. Itu ibaratnya seperti dalam masyarakat Muslim, ada seorang,
dua yang suka buat maksiat. Namun adakah kesilapan seorang, dua itu
bermaksud masyarakat Muslim semuanya tidak betul ?
Ya, ada pihak yang menyatakan perbankan Islam ini sama saja dengan
perbankan konvensional malah lebih ‘mahal’ dan ‘zalim’. Maka, lebih baik
kekal dengan perbankan konvensional yang bergelumang dengan riba.
Malangnya tindakan kita terus bersama bank konvensional akibat salah faham sebegitu terus menghilangkan keberkatan harta .
1. Hanya tukar istilah bunyi Arab
Perbankan Islam bukan sekadar menukar istilah tetapi operasinya
menggunakan kaedah mencipta hutang yang berasaskan jual beli atau kaedah
sewa kemudian beli.
Bank konvensional memberikan kontrak pinjaman yang menghasilkan
hutang dan mengambil untung dari riba. Manakala perbankan Islam banyak
menggunakan kontrak jual beli yang menghasilkan hutang dan mengambil
untung darinya. Pinjaman menghasilkan hutang. Jual beli bertangguh juga
menghasilkan hutang. Ini bermaksud bukan semua hutang datang dari
pinjaman.
Betul, kita tetap berhutang dengan perbankan Islam tetapi hutang tersebut tercipta dari proses jual beli yang halal.
Kesan secara zahir memang sama. Hutang. Kena bayar kepada bank. Namun pada hakikatnya ia berbeza.
Kalau kita masih berpendapat masih tidak ada beza, maka apakah
perbezaan suami isteri yang berjima’ dan mendapat pahala darinya dengan
lelaki perempuan yang berzina dan mendapat dosa darinya?
Apakah aqad nikah itu hanya tukar istilah berbunyi Arab?
2. Mahal dan membebankan
Kenapa harga nasi goreng yang dibeli di warung tepi jalan murah
manakala nasi goreng yang dibeli di kafe hotel mahal? Apakah jual beli
nasi goreng di kafe hotel membebankan mereka yang tidak mampu justeru
menjadikan ia haram?
Islam tidak pernah menetapkan had keuntungan seseorang peniaga. Harga
tertakluk kepada persetujuan penjual dan pembeli. Jika pembeli tidak
bersetuju dengan harga yang disebut oleh penjual, maka dapat berlaku
proses tawar menawar dan jika masih belum ada persetujuan, pembeli bebas
untuk tidak membeli.
Dari sudut operasi, sejak tahun 2003 perbankan Islam sudah pun
mempunyai mekanisma ‘floating rate’ yang membolehkan bayar bulan-bulan
sama sahaja dengan perbankan konvensional malah proses jual beli yang
berlaku dapat mengelakkan pelanggan dari perlu membayar bulan-bulan yang
sangat tinggi apabila Bank Negara Malaysia melonjakkan kadar Overnight
Policy Rate (OPR) melebihi kebiasaan kerana keuntungan bank tertakluk
dengan harga jualan.
Dalam Islam juga sebab pengharaman mesti objektif dan bukan subjektif
seperti mahal dan membebankan. Ahmad mungkin berasa air sirap di pasar
malam RM 1 itu mahal, tetapi Ali mungkin berasa RM 1 itu murah.
Jika “membebankan” dapat menjadi sebab haram, maka tanyalah budak 7 tahun, “Puasa Ramadhan itu membebankan atau tidak?”
3. Perbankan Islam tak boleh untung banyak
“Kalau pun tiada larangan jual mahal, jual murah dah lah,” hati kita terdetik.
Perbankan Islam beroperasi dalam konteks entiti perniagaan dan
bukannya badan kebajikan. Jika mahu mendapat bantuan, pusat zakat adalah
tempatnya. Perbankan Islam hari ini juga bukan organisasi mikrokredit
seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Jadi apabila menyebut entiti
perniagaan, maka untung adalah matlamatnya dan sudah tentu dengan cara
yang halal.
Malah hadis menyebut, memberi hutang mendapat lebih banyak pahala dari memberi sedekah.
Apa yang Islam larang adalah menipu dan bukannya membuat untung.
Keuntungan sesebuah bank itu akan disalurkan semula kepada depositor
seperti pemegang akaun mudharabah dan juga pemegang saham melalui
dividen tahunan. Jika perbankan Islam tidak boleh buat untung dari
operasi perbankan, bagaimana pengurus dana patuh Shariah misalnya boleh
mendapat untung dan memberi keuntungan tersebut semula kepada kita semua
?
4. Zaman Nabi tidak ada bank
Betul. Zaman Nabi juga tidak ada facebook, twitter, internet, blog, emel, kereta, kapal terbang, kasut BATA dan seterusnya.
5. Dokumentasi menyusahkan
Dokumentasi bank riba lebih mudah kerana proses utama adalah beri
pinjam. Manakala kebanyakan dokumentasi bank Islam perlu minimum dua set
perjanjian jual beli untuk keluar daripada riba. Jika dokumentasinya
sama, baru lah betul dakwaan yang menyatakan, “Perbankan Islam cuma
tukar istilah.”
6. Ekonomi Islam mesti equity-based financing, sharing risk, sharing profit.
Debt-based financing dan equity-based financing saling melengkapi.
Beri kemudahan hutang pun Allah suka, buat perkongsian pun Allah suka.
Noktah.
7. Tidak Guna Dinar Dirham
Bank selaku orang tengah (financial intermediary) mempunyai fungsi
tersendiri dalam apa jua bentuk matawang. Satu hari nanti apabila ‘gold
standard’ atau dinar dirham digunakan semula, peranan bank tidak berubah
kerana cek yang kita pakai hari ini, orang Islam juga yang cipta.
Dikeluarkan di Baghdad, Iraq dan ditunaikan di Maghribi.
Zaman Nabi saw gunakan dinar dirham tetapi masyarakat Arab masih
tetap bergelumang riba dan Nabi saw memerangi riba selumat-lumatnya.
Oh, bank dicipta Yahudi sebab tu bank haram.
Eh, tapi boleh pula istilah dinar dan dirham diambil dari orang Rom (penganut agama Nasrani) iaitu denarius dan drachm?
8. Apa pun yang disebut, itu semua alasan menghalalkan back-door riba!
Selepas Quran, maka hadis adalah pegangan kita. Berikut adalah hadis Shahih dari Imam Muslim dan Imam Ahmad:
Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”
Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.”
Maka apabila Nabi saw menunjukkan cara keluar dari riba adalah
melalui jual beli sebegini adakah baginda mengajar kita melakukan
back-door riba?
Apakah perbezaan barter trading yang dilakukan oleh Sahabat itu tadi
dan jual beli yang Nabi saw suruh buat sedangkan hasilnya sama iaitu
mendapat 1 sa’ kurma berkualiti ?
Saya memilih beriman dengan hadis Nabi.
Sumber: http://www.pakdi.net/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar